Followers

Thursday, 9 June 2011

Kehadiranmu di dalam hidupku...buatku bahagia...

Pepatah melayu ada menyatakan bahawa "Berkawan biar beribu, berkasih biar satu"...Sepanjang 23 tahun di atas bumi pinjaman Allah ini...Saya telah berkesempatan untuk menemui dan mengenali pelbagai watak manusia...Ada yang baik dan ada sebaliknya...Saya gemar untuk mencari kenalan-kenalan yang baru...Sesungguhnya kawan akan menggambarkan peribadi kita sebagai sahabatnya...

Dari Nu’man bin Basyir r.a., Rasulullah SAW bersabda,
“Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak bisa tidur.” (Hadis riwayat Muslim)

Sungguh mendalam kata-kata yang diucapkan oleh Nabi junjungan kita...Sesungguhnya Allah menciptakan kaum Adam dan Hawa itu berpasang-pasangan...Bagi saya adalah tidak normal jika manusia itu hidup bersendirian dan mengelakkan diri daripada berkawan...Kita tidak perlu mamilih warna kulit dan bangsa untuk dijadikan teman...Sesungguhnya Allah ada befirman yang bermaksud...
“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” (surah al-Hujurat [049] ayat 13)

Bagi saya, kita hendaklah berhati-hati dalam memilih teman...
Hadis riwayat Imam Ahmad Bin Hambal..."Pada hari kiamat aku akan akan menjadi syafi' (penolong) bagi empat golongan. Yang menghormati keturunanku; yang memenuhi keperluan mereka; yang berupaya membantu urusan mereka pada waktu diperlukan dan yang mencintai mereka sepenuh hati"...teman sejati akan sentiasa melekat di hati dan sentiasa sanggup menghulurkan bantuan ketika apa jua keadaan...Tidak lebih kurang juga...Ada kawan yang hanya sanggup berada di sisi ketika saat kita senang dan gembira tetapi menjauhkan diri ketika kita di dalam musibah...

Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik? Nasihat yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah SAW) kepada anaknya,
“Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut.”

1 - Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.
2 – Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungka n (menyebutnya) .
3 – Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukkan dirimu ia suka menutupinya.
4 – Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.
5 – Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

Kawan amat penting dalam hidup saya...Kehadirannya dalam hidup saya...Menjadikan saya lebih bahagia dan menjadikan diri saya lebih kuat untuk menjalani kehidupan...Jadi marilah kita mendidik diri kita untuk menjadi kawan yang baik...Rela susah senang bersama...Semoga ikatan yang terbina mendapat keredhaan dariNya...

Monday, 6 June 2011

Bersyukur Bernafas Sehingga Sekarang...

Saya tidak pernah terfikir dapat hidup sehingga sekarang kerana dalam lipatan sejarah kehidupan saya selama 23 tahun ini, saya pernah terlibat dengan 2 kali kemalangan bagi saya agak dasyat...Kemalangan pertama terjadi pada tahun 2001...Saya ingat lagi...masa itu nak ambil keputusan PMR kakak ke 2 saya...Kejadian berlaku di selekoh berhampiran jambatan...hanya beberapa minit dari rumah...bukan belanggar ke ape...tapi kereta yang di pandu umi...hilang kawalan dan merempuh tebing di sebelah jalan...dan yang malangnye saya ketika itu duduk di belakang pemandu...dan tempat itu la yang paling teruk...tayar bahagian tempat duduk tersebut sampai termasuk ke dalam...SUNGGUH DASYAT...hilang malu semua ketika itu...terjirit-jerit tepi jalan meraung kesakitan..."alang sakit mi, alang sakit"...setibanya di hospital saya menerima suntikan untuk mengelakkan kancing gigi...then bermula la kisah sedih...saya tidak dapat berjalan hampir 2 minggu...terbaring je di kerusi panjang rumah mengenangkan nasib...ye la...mase tu baru form 1...mude sangat lagi untuk lumpuh...air mata menjadi peneman setia hari-hari...mungkin diri ini kuat, jadi pada suatu malam...saya cuba untuk berjalan...x de la jauh sangat jaraknya tetapi saya dapat menggerakkan kaki dan cubaan itu berjaya...tapi sakit jugak sebenarnye...mungkin ade urat tersimpul di mana-mana...Allah sangat berkuasa menjadikan sesuatu...alhamdulillah...

Kejadian ke 2...berlaku ketika hendak menghantar rombongan tunang pak cik ke Terengganu...beberapa bulan selepas kejadian pertama...ketika itu perasaan sangat teruja...baru form 1 kan...sume benda teruja...oleh kerana ahli rombongan yang agak ramai...jadi kami terpaksa di bahagi-bahagikan...nak tak nak saya dan along menaiki kereta yang dipandu mak tih...mak tih memandu kereta agak laju...sehingga bacaan meter 120km/j...dan tiba-tiba maktih kehilangan kawalan...kereta yang dipandu berpusing dan memasuki parit di jalan bertentangan....sangat ngeri...dan saya bersyukur kerana ketika itu...tiada kereta di jalan bertentangan...Allah masih mahu saya menjalani kehidupan di dunia ini...dan saya terima takdir yang tersurat itu dengan hati yang agak tabah...huhu...

Oleh kerana agak kerap berlaku musibah, umi mengubatkan saya dengan cara tradisional...saya ingat lagi umi telah memandikan saya di hadapan rumah untuk mengelakkan nasib malang berlaku lagi...sesungguhnya kasih ibu bawa ke syurga...ketika saya sakit umilah yang memandikan saya, mengambilkan wudu' dan banyak lagi...

Bagi saya, Allah sangat berkuasa menjadikan sesuatu...apa yang berlaku adalah ketentuan dariNya...maka kita sebagai hambanya haruslah bersyukur dan menerima setiap suratan dengan hati yang tabah dan terbuka...Impian kita semua adalah untuk memasuki syurgaNya...Semoga setiap perlaburan yang kita lakukan di dunia ini akan memperoleh keuntungan yang berlipat ganda di akhirat kelak...IAllah...