Followers

Tuesday, 9 August 2022

Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam

Tidak dinafikan, apabila seorang hamba mendekatkan dirinya kepada Maha Pencipta, hatinya akan menjadi tenang.

Assalammualaikum. Heh!

Bangunan yang tersergam indah dengan sini bina yang menkjubkan, membuatkan hati ini tertarik untuk menziarahinya acap kali. Hari ini, hari ke-2 berturut-turut ku menjejakkan kaki ke masjid yang indah ini. Jaraknya dari tempat kerja tidak jauh. Hanya beberapa minit perjalanan.

Alhamdulillah. Walaupun hanya berkesempatan untuk berziarah di ketika waktu senja, sebaik sahaja habis waktu bekerja, hati ini seakan puas apabila mata tertacap pada masjid. Perjalanan pulang ke rumah yang mengambil masa lebih kurang sejam dan bergantung kepada kesesakan lalu lintas, mimintaku untuk mendirikan solat maghrib terlebih dahulu sebelum meneruskan perjalanan pulang.

Dari pemerhatianku, ada beberapa pintu masuk ke kawasan masjid. Namun, dengan masih kebergantungan kepada penunjuk arah, hanya satu pintu masuk yang biasa ku lalui. Suasana kawasan masjid di waktu senja terang benderang disimbahi lampu putih. Sebaik sahaja membuka selipar / kasut, membawa kaki ini menelusuri bilik-bilik kuliah dimana sudah pasti setiap bilik sedang menjalani pembelajaran yang pelbagai.

Ruang solat sangat selesa dan luas. Hati ini gembira melihat ibu bapa membawa bersama anak-anak mereka yang masih kecil mungkin untuk membiasakan anak-anak mereka dengan suasana masjid :)
Moga ada juga kesempatan untuk ku dan bakal suami membawa anak-anak ke masjid suatu hari nanti.
Berangan tak perlu bayar bukan. haha

Amin.


Gambar ini ku ambil menggunakan iPhone dengan camera selection Panorama. Aku yang amatur :)

Sunday, 7 August 2022

Secawan coklat panas untuk hari yang sejuk


Malam itu hujan turun tanpa hentinya membasahi Bumi Allah. Sejuk!

Lirik lagu yang sememangnya tidak asing lagi dengan zaman sekarang, seringkali ku alunkan. Ianya mengingatkan ku kepada seorang penulis berjaya dan dia bukan lah seorang penyanyi namun dapat menyanyikan lagu ini dengan baik. Nyanyiannya yang diiringi dengan petikan gitar, pasti akan mendamaikan setiap jiwa yang mendengarkannya.

"Your hand fits in mine like it's made just for me,

But bear in this mind, it was meant to be,

And I'm joining up the dots, with the freckles on your cheeks

And it all makes sense to me" lalala

Seusai sahaja meneliti menu di restoran pilihan, ku pesan secawan coklat panas untuk menghangatkan sedikit badan yang sejuk. Tidak lama selepas beberapa minit menunggu, secawan coklat panas dihidangkan. Sememangnya hari yang sangat panjang, semoga ada keberkatan dengan setiap keringat yang dikelurkan hari ini. Amin.