Followers

Monday, 16 March 2020

Comel dimata, gembira dihati

Assalmmualaikum...

Hari ini aku tanamkan azam untuk selesaikan sedikit sebanyak saki baki tugasanku untuk meyiapkan projek sulung jahitan langsirku. Sudah hampir 90% telah disiapkan. Sebagai seorang tukang jahit yang amatur tiada titik aras yang aku tetapkan untuk projekku ini. Asal kira ianya dapat disiapkan sepenuhnya telah cukup menggembirakan hatiku.

Well 10% yang masih belum disiapkan adalah pengikat langsir. Berbulan juga ku fikirkan bentuk yang bagaimanakah dirasakan sesuai untuk langsir. Sedikit homework ku lakukan sebelum membuat keputusan berkenaan dan kurasakan bentuk ribbon sangat dekat dihatiku. Comel. Heh!

Apa sahaja perkara pertama yang dilakukan, bagiku sememangnya agak mencabar. Namun ianya perlukan usaha yang berterusan untuk disiapkan. Uji kaji dibuat, bebrapa kali ukuran dan jahitan dilakukan bagi mendapatkan saiz yang sesuai. Pening kepala dibuatnya. Ditambah pula dengan baki kain langsir yang tinggal sedikt, membuatkan aku tekad hanya beberapa uji kaji sahaja perlu dibuat. Jadinya bagi mengatasi permasalahan ini, aku gunakan kain lebihan bukan dari kain langsir untuk uji kaji dilakukan.

Setelah beberapa kali cubaan dibuat, aku telah mendapatkan saiz yang sesuai untuk ribbon dan juga pengikat. Saiz 20cmx40cm (untuk ribbon) dan 20cmx30cm (tali pengikat) telah diambil. Alhamdulillah, Allah maha baik mengilhamkan semua ini.

Hasilnya bagi seorang tukang jahit amatur. Alhamdulillah setiap kali ku melihatnya buatkan hatiku gembira :) Syukur.


Thursday, 5 March 2020

Sukarelawan: Impian jadi kenyataan

Tahun ni, aku berazam untuk melatih diri agar sentiasa berhati besar. Well, adakalanya sememangnya agak sukar. Tapi kita masih boleh untuk mencuba. Heh!

Alhamdulillah, hari ini Allah bukakan hati untuk pergi mendaftarkan diri sebagai sukarelawan. Tindakan yang diambil sememangnya tidak dirancang. Ketibaan aku disambut baik dengan pihak yang bertanggungjawab. Terasa diri sangat dialu-alukan. Sedikit perbincangan dibuat sebelum borang sukarelawan diisi. Pengenalan berkenaan pusat berkenaan, objektif penubuhan, tenaga kerja, hala tuju dan banyak lagi dikongsikan.

Pusat ini menumpukan sepenuhnya dakwah kepada golongan OKU. Kebanyakan mereka adalah terdiri daripada golongan asnaf yang menerima bantuan daripada pihak kebajikan masyarakat. Objektif penubuhan pusat ini sememangnya menarik hatiku untuk mengetahui lebih lanjut bagaimana untuk menyantuni dan mendekati lebih dekat golongan ini. Mereka istimewa dengan caranya yang tersendiri.

Namun pusat ini memerlukan lebih banyak dana bagi menampung keperluan untuk menjalankan aktiviti di sana, membiayai tenaga pekerja yang berkhidmat dan lain-lain keperluan. Semoga Allah sentiasa memudahkan usaha murni ini. InsyaAllah niat untuk menjadikan pusat ini sebagai yayasan akan tercapai juga satu hari nanti. Amin YRA.