Followers

Thursday, 5 March 2020

Sukarelawan: Impian jadi kenyataan

Tahun ni, aku berazam untuk melatih diri agar sentiasa berhati besar. Well, adakalanya sememangnya agak sukar. Tapi kita masih boleh untuk mencuba. Heh!

Alhamdulillah, hari ini Allah bukakan hati untuk pergi mendaftarkan diri sebagai sukarelawan. Tindakan yang diambil sememangnya tidak dirancang. Ketibaan aku disambut baik dengan pihak yang bertanggungjawab. Terasa diri sangat dialu-alukan. Sedikit perbincangan dibuat sebelum borang sukarelawan diisi. Pengenalan berkenaan pusat berkenaan, objektif penubuhan, tenaga kerja, hala tuju dan banyak lagi dikongsikan.

Pusat ini menumpukan sepenuhnya dakwah kepada golongan OKU. Kebanyakan mereka adalah terdiri daripada golongan asnaf yang menerima bantuan daripada pihak kebajikan masyarakat. Objektif penubuhan pusat ini sememangnya menarik hatiku untuk mengetahui lebih lanjut bagaimana untuk menyantuni dan mendekati lebih dekat golongan ini. Mereka istimewa dengan caranya yang tersendiri.

Namun pusat ini memerlukan lebih banyak dana bagi menampung keperluan untuk menjalankan aktiviti di sana, membiayai tenaga pekerja yang berkhidmat dan lain-lain keperluan. Semoga Allah sentiasa memudahkan usaha murni ini. InsyaAllah niat untuk menjadikan pusat ini sebagai yayasan akan tercapai juga satu hari nanti. Amin YRA.

No comments:

Post a Comment