Petang yang sejuk. Hujan! Alhamdulillah, Allah melimpahkan rezekinya kepada penduduk Bumi yang bertuah. Jerebu juga semakin berkurangan. Langit tersenyum biru kembali. Metafora sangat petang ni. Hehe!
Boleh dikatakan hari ini adalah hari yang agak prodaktif bagiku. Aku telah mendaftar untuk belajar menjahit sebagai pelajar separuh masa di sebuah syarikat kolaborasi dengan agensi kerajaan. Yeay! Apa-apa pun, aku tak kesah sangat pun di mana tempat aku belajar. Asalkan tempat tersebut senang untuk aku pergi dan balik, selamat serta tenaga pengajar yang komited dalam mencurahkan ilmu. Proses pembelajaran tidak bermula lagi, tapi aku dapat rasakan tenaga pengajar di sana semesra dengan pemilik syarikat yang sangat positif dengan objektif penubuhannya.
Kesyukuran aku panjatkan kepada Allah Yang Maha Kaya. Hampir 2 bulan aku tercari-cari tempat yang sesuai untuk aku mulakan belajar. Aku telah berhubung dengan pemilik syarikat itu sebelum ini. Namun, disebabkan beberapa kekangan yang aku sendiri tidak dapat nak selesaikan jadi aku pendamkan dahulu niat murni aku itu.
Peraturan Allah itu sememangnya cantik. Entahlah, aku percaya yang manusia lebih mengaturkan sesuatu bersesuain dengan cita-cita dan impian mereka, namun percaturan Allah itu lebih baik. Sesungguhnya Dialah yang menciptakan manusia dan semestinya ianya dibuat dengan penuh cinta. Terima kasih Ya Rabb.
Telah ke sana semalam untuk mendaftar, malangnya pejabat telah tutup. Ketibaan mungkin di luar waktu pejabat. Proses pendaftaran hari ini, Allah mudahkan. Tidak pernah terjangkakan dalam benak fikiran aku yang aku akan memiliki sendiri pembaris skala bersaiz kecil. Antara peralatan yang tidak pernah aku tahu kewujudannya. Haha!
Terlalu banyak benda yang sedang aku fikirkan sekarang. InsyaAllah niat untuk belajar kemahiran berkenaan, bukannya sahaja aku niatkan untuk kebaikan diri sendiri. Namun, aku berniat juga untuk memberi semula kepada masyarakat. Mungkin aku akan mulakan dahulu dengan orang terdekat. Emak, adik-beradik, makcik-makcik, jiran-jiran …
Bestnya hujan! :)
No comments:
Post a Comment