Aku ada terbaca satu ungkapan daripada seorang genius terkenal dunia; Albert Einstein, "Everyone is a genius, but if u judge a fish on its ability to climb a tree, it will live its whole life believing that it is stupid" Aku ternampak ungkapan ini masa aku sedang tekun melukis polar kecil untuk baju kurung moden pertama yang akan aku hasilkan tidak lama lagi. Hehe. Terujanya!
Polar baju pertama yang aku hasilkan daripada didikan dan tunjuk ajar Cikgu Aisyah. Aku suka sangat cikgu ni. Lagi muda dari aku, jauh lagi muda. Comel orangnya, senyum ja. Baik. Orang yang sentiasa senyum tu semestinya baik. Heh!
Aku tak sangka betul yang aku boleh hasilkan lukisan seteknikal macam ni. Terharunya dengan segala rahmat dan kebaikan yang Allah hadiahkan pada aku. Aku tak mengharapkan sesuatu yang sangat sempurna kerana kesempurnaan itu hanyalah milik Allah. Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah.
Alhamdulillah hari ini hari ke-2 sesi pembelajaran aku di sana. Aku rasa aku agak tekun belajar. Suasana pembelajaran tidaklah begitu tertekan. Kekangan dalam memahami loghat masyarakat tempatan membolehkan aku menumpukan sepenuh perhatian dengan apa yang aku usahakan. Kalau nak mencelah pun, aku tak berapa nak faham akan apa yang mereka sembangkan.
Syukur, siap juga polar besar untuk baju kurung moden itu nanti. Sangat penat! Lenguh pinggang dibuatnya. Oleh sebab itu, aku membuat keputusan untuk hanya menghabiskan sesi pembelajaran separuh hari sahaja. Okay la tu. Haha! Tapi aku rasakan aku perlu tambahkan kelajuan dan kecekapan kerana tempoh pembelajaran hanyalah 16 jam. Mudahkanlah Ya Allah.
Bertapa baiknya Allah. Aku tak pernah sangka dalam perjalanan hidup aku di dunia ini yang aku akan hasilkan benda-benda macam ini. Kesyukuran yang tidak terhingga di atas rahmatmu Ya Rabb :)
No comments:
Post a Comment