Aku telah mencuba satu resepi kek batik yang aku dapat dari internet. Kek batiknya sedikit berbeza dari kek batik klasik yang aku tahu. Bahagian atasnya dilapiskan dengan chocolate ganache. Bahan-bahan asasnya sama seperti kek batik klasik cuma lapisan chocolate ganachenya memberikan kelainan kepada kek batik ini.
Kali pertama aku merasa kek ini, ianya agak manis dengan citarasaku. Namun setelah 2 hari dibiarkan dalam peti sejuk, rasa kek batik dan chocolate ganache semakin sebati. Rasanya bertambah sedap daripada kali pertama aku memakannya.
Bereksperimen dengan sesuatu yang baru, berdasarkan citarasaku serta mengambil kira pandangan daripada yang telah merasainya, aku dapati bahagian kek batik perlulah lebih tebal dan sedikit lembut serta lapisan chocolate ganachenya hendaklah dinipiskan sedikit agar ianya tidak menyelubungi keseluruhan rasa kek batik.
Followers
Monday, 29 June 2020
Thursday, 25 June 2020
Kuih Semperit Cheese kesukaan ramai
“Life doesn’t always introduce you to the people you want to meet. Sometimes life puts you in touch with the people you need to meet...to help you, to hurt you, to leave you, to leave you and to gradually strengthen you into the person you were meant to become. Trust it.”
Alhamdulillah daku panjatkan kesyukuranku kepada Allah SWT di atas semua nikmat dan rahmat yang telah dikurniakanNya. Sejak tahun lepas, daku telah memulakan perniagaan menjual kuih Semperit Cheese. Pada mulanya kuih ini dibuat hanya untuk dijadikan sebagai buah tangan buat rakan sekerja kakakku. Namun, setelah mendapat maklumbalas positif daripada mereka, kufikirkan ada baiknya juga jika kesedapan dikongsi bersama lebih ramai orang. Komen-komen positif yang daku terima daripada pembeli menggembirakan hatiku. Syukur!
Semperit Cheese ini mempunyai nilai sentimental buat diri daku. Allah telah menemukanku dengan seorang makcik yang bagiku tidak lokek berkongsi ilmu dalam penghasilan kuih ini. Kuih ini resepinya mudah, tidak begitu banyak bahan yang diperlukan. Namun, proses mencetaknya agak rumit dan teknikal kerana dalam pengamatanku ianya memerlukan latihan untuk menghasilkan bunga yang cantik. Kuih ini ada seninya :)
Bagi tahun pertama daku cuba untuk membuatnya, tangan dan jari-jemari masih belum dapat menyesuaikan dengan lenggok bunga yang ingin dihasilkan. Jadi tidak hairanlah jika ada bunga yang tidak menjadi. Heh! Alhamdulillah, permasalahan ini dapat di atasi sedikit demi sedikit.
Tahun ini tahun ke-2 daku meneruskan pembelajaranku. Latihan yang acap kali menjadikan tangan serta jari-jemari semakin serasi dengan bentuk yang ingin dihasilkan tanpa perlukan bantuan luar. Daku mencetak bentuk bunga dengan tangan yang bebas. Hehe. Alhamdulillah.
Minatku dalam seni, mengilhamkanku untuk menambah baik bentuk bunga kuih ini. Rekaan ini diinspirasikan daripada emoji bunga matahari. Warna kuning daripada kuih yang asal sememangnya cantik digabungkan pula dengan warna hijau yang seakan-akan bentuk daun menaikkan serinya. Cantik!
Ku doakan semoga makcik yang mengajarkanku kuih ini, sentiasa dimurahkan rezeki buatnya dan ahli keluarganya. Amin yra.

Tuesday, 9 June 2020
Projek cheesecake
Baru-baru ini disebabkan kerajinan aku dalam membuat cheesecake, aku mendapat idea untuk menjual cheesecake pula. Pada mulanya, cheesecake ini hanya dibuat untuk makan di rumah sahaja. Namun, rezeki Allah bukakan apabila ada yang ingin membeli kek tersebut. Jadi mulalah episod untuk aku membuat sedikit kajian bagaimana untuk menghasilkan kek yang lebih cantik daripada yang selalu. Heh!
Mengambil inspirasi daripada beberapa chef yangku lihat di youtube, aku terinspirasi dengan kek ini. Apa yang menariknya adalah, persembahannya cantik dan chef berkenaan memberikan penerangan dengan terperinci dan mudah untuk difahami.
Jadinya untuk tempahan kali ini, “crust” kek dibuat daripada biskut oreo dan atas kek ku hiaskan dengan “whipped cream” dan oreo “crumbs”. Namun penyediaannya haruslah bersesuaian dengan kos yang telah dikira.
Sebagai seorang yang amatur dalam membuat kek, tiada penanda aras yang ku letakkan untuk tempahan ini hanya berharap ianya menjadi. Alhamdulillah dengan izin Allah kek dapat disiapkan dengan baik dari mengeluarkan kek daripada loyangnya sehinggalah membuat hiasan di atas kek dan juga penyerahan kek kepada pembeli. Usaha dan kasih sayang dalam proses penyediaan kek dirasakan berbaloi.
Masih banyak yang perlu ku pelajari agar dapat menghasilkan cheesecake yang lebih cantik, namun dengan terhasilnya kek yang sebegini sudah cukup membuatkan hatiku gembira. Syukur!
Alhamdulillah :)
Mengambil inspirasi daripada beberapa chef yangku lihat di youtube, aku terinspirasi dengan kek ini. Apa yang menariknya adalah, persembahannya cantik dan chef berkenaan memberikan penerangan dengan terperinci dan mudah untuk difahami.
Jadinya untuk tempahan kali ini, “crust” kek dibuat daripada biskut oreo dan atas kek ku hiaskan dengan “whipped cream” dan oreo “crumbs”. Namun penyediaannya haruslah bersesuaian dengan kos yang telah dikira.
Sebagai seorang yang amatur dalam membuat kek, tiada penanda aras yang ku letakkan untuk tempahan ini hanya berharap ianya menjadi. Alhamdulillah dengan izin Allah kek dapat disiapkan dengan baik dari mengeluarkan kek daripada loyangnya sehinggalah membuat hiasan di atas kek dan juga penyerahan kek kepada pembeli. Usaha dan kasih sayang dalam proses penyediaan kek dirasakan berbaloi.
Alhamdulillah :)
Subscribe to:
Comments (Atom)