Followers

Tuesday, 9 June 2020

Projek cheesecake

Baru-baru ini disebabkan kerajinan aku dalam membuat cheesecake, aku mendapat idea untuk menjual cheesecake pula. Pada mulanya, cheesecake ini hanya dibuat untuk makan di rumah sahaja. Namun, rezeki Allah bukakan apabila ada yang ingin membeli kek tersebut. Jadi mulalah episod untuk aku membuat sedikit kajian bagaimana untuk menghasilkan kek yang lebih cantik daripada yang selalu. Heh!

Mengambil inspirasi daripada beberapa chef yangku lihat di youtube, aku terinspirasi dengan kek ini. Apa yang menariknya adalah, persembahannya cantik dan chef berkenaan memberikan penerangan dengan terperinci dan mudah untuk difahami.


Jadinya untuk tempahan kali ini, “crust” kek dibuat daripada biskut oreo dan atas kek ku hiaskan dengan “whipped cream” dan oreo “crumbs”. Namun penyediaannya haruslah bersesuaian dengan kos yang telah dikira.


Sebagai seorang yang amatur dalam membuat kek, tiada penanda aras yang ku letakkan untuk tempahan ini hanya berharap ianya menjadi. Alhamdulillah dengan izin Allah kek dapat disiapkan dengan baik dari mengeluarkan kek daripada loyangnya sehinggalah membuat hiasan di atas kek dan juga penyerahan kek kepada pembeli. Usaha dan kasih sayang dalam proses penyediaan kek dirasakan berbaloi.


Masih banyak yang perlu ku pelajari agar dapat menghasilkan cheesecake yang lebih cantik, namun dengan terhasilnya kek yang sebegini sudah cukup membuatkan hatiku gembira. Syukur!

Alhamdulillah :)

No comments:

Post a Comment