“Life doesn’t always introduce you to the people you want to meet. Sometimes life puts you in touch with the people you need to meet...to help you, to hurt you, to leave you, to leave you and to gradually strengthen you into the person you were meant to become. Trust it.”
Alhamdulillah daku panjatkan kesyukuranku kepada Allah SWT di atas semua nikmat dan rahmat yang telah dikurniakanNya. Sejak tahun lepas, daku telah memulakan perniagaan menjual kuih Semperit Cheese. Pada mulanya kuih ini dibuat hanya untuk dijadikan sebagai buah tangan buat rakan sekerja kakakku. Namun, setelah mendapat maklumbalas positif daripada mereka, kufikirkan ada baiknya juga jika kesedapan dikongsi bersama lebih ramai orang. Komen-komen positif yang daku terima daripada pembeli menggembirakan hatiku. Syukur!
Semperit Cheese ini mempunyai nilai sentimental buat diri daku. Allah telah menemukanku dengan seorang makcik yang bagiku tidak lokek berkongsi ilmu dalam penghasilan kuih ini. Kuih ini resepinya mudah, tidak begitu banyak bahan yang diperlukan. Namun, proses mencetaknya agak rumit dan teknikal kerana dalam pengamatanku ianya memerlukan latihan untuk menghasilkan bunga yang cantik. Kuih ini ada seninya :)
Bagi tahun pertama daku cuba untuk membuatnya, tangan dan jari-jemari masih belum dapat menyesuaikan dengan lenggok bunga yang ingin dihasilkan. Jadi tidak hairanlah jika ada bunga yang tidak menjadi. Heh! Alhamdulillah, permasalahan ini dapat di atasi sedikit demi sedikit.
Tahun ini tahun ke-2 daku meneruskan pembelajaranku. Latihan yang acap kali menjadikan tangan serta jari-jemari semakin serasi dengan bentuk yang ingin dihasilkan tanpa perlukan bantuan luar. Daku mencetak bentuk bunga dengan tangan yang bebas. Hehe. Alhamdulillah.
Minatku dalam seni, mengilhamkanku untuk menambah baik bentuk bunga kuih ini. Rekaan ini diinspirasikan daripada emoji bunga matahari. Warna kuning daripada kuih yang asal sememangnya cantik digabungkan pula dengan warna hijau yang seakan-akan bentuk daun menaikkan serinya. Cantik!
Ku doakan semoga makcik yang mengajarkanku kuih ini, sentiasa dimurahkan rezeki buatnya dan ahli keluarganya. Amin yra.
No comments:
Post a Comment