Followers

Wednesday, 17 August 2011

Ekspedisi LAITUL QADAR


Lailatul Qadar adalah malam yang terbaik di antara malam-malam yang ada dalam satu tahun, sebagaimana yang jelas di dalam firman Allah swt, "Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran pada malam yang mulia. Tahukah kamu malam yang mulia itu? Malam yang mulia itu lebih baik dari seribu bulan." (Al- Qadar 1-3)

Banyak kelebihan dan keistimewaan sama ada tersembunyi mahupun yang nyata telah Allah janjikan di dalam bulan Ramadhan yang mulia ini. Setiap amalan perbuatan, solat, membaca Al-quran dan berzikir yang dilakukan dalam bulan Ramadhan lebih besar pahalanya daripada mengerjakan amalan selama seribu bulan. Seorang muslim digalakkan mencari malam Laitul Qadar di sepuluh malam akhir bulan Ramadhan. Para ulamak berbeza pendapat dalam menentukan malam jatuhnya Laitul Qadar. Ada pendapat yang menyatakan malam itu pada malam ke-21, malam 23, malam 25 dan malam 29. Ada pula berpendapat bahawa malam itu berpindah dari satu malam ganjil yang ada pada sepuluh malam yang terakhir. Akan tetapi sebahagian besar mereka berpendapat bahawa malam itu adalah malam ke-27.

Imam Ahmad meriwayatkan daripada Ibn Umar ra dengan sanad yang sahih bahawa dia berkata, Rasulullah bersabda "Orang yang ingin berjumpa malam Lailatul Qadar, mereka berusahalah mencarinya pada malam ke-27". Imam Al Bukhari dan Muslim juga telah meriwayatkan dari Abu Hurairah ra bahawa nabi saw bersabda : "Orang yang sedang beribadah pada malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan mengharap pahala dari Allah, maka dosa-dosanya yang telah lalu akan diampuni. Aishah ra berkata, "Saya pernah bertanya pada Rasulullah, jika saya mendapati malam Lailatul Qadar, maka apa yang mesti saya ucapkan?". Rasulullah saw bersabda, "Katakanlah: Ya Allah, Engkau adalah pemaaf, maka beriknlah maaf bagiku."

Sesungguhnya Usaha itu Tangga Kejayaan. Berusahalah mencarinya & Selamat Berpuasa sahabatku sekalian...^^

Friday, 12 August 2011

Begedil Kentang Hikmah

Assalammualaikum sume...Hari nieh Hid nak share ngan korang satu resepi yang cukup mudah untuk dibuat...sesuai untuk dibuat juadah berbuka mahupun sahur...Resepi nieh Hid dapat dari kawan baik Hid yang skarang nieh melanjutkan pelajarannya di Mesir...=)

Begedil Kentang Hikmah

Bahan-bahan (hidangan untuk 6 orang) :
Kentang - 1kg, dihiris nipis...
Bawang Goreng - Lebih sedap jika dibuat sendiri...Hiris halus-halus...Pastikan bawang kering...Letakkan sedikit tepung...dan goreng ketika minyak panas...
Telur
*Garam
*Lada Hitam
(*secukup rasa)

Cara untuk membuat :
-Gorengkan kentang yang telah dihiris halus, lenyekkan
-Gorengkan bawang tadi (kalau buat sendiri), campurkan bersama kentang yang telah dilenyekkan tadi...Tambah garam dan lada hitam secukup rasa...
-Lenyekkan lagi sehingga semua ramuan mesra...
-Bulat-bulatkan, celupkan kedalam telur dan goreng dalam minyak deep fried (pastikan minyak sangat panas)

Selamat mencuba...Pasti membuka selera seisi keluarga...=)

Thursday, 11 August 2011

Mee Bandung Ummi

Assalammualikum semua...Entry kali nieh hid buat spesel tuk orang yg suke sangat memasak dan suke cube benda-benda baru...Bukan ketuk-ketuk ramadhan, tapi ketuk-ketuk sendiri kasi bunyi...=)

Okie la...tampa melengahkan mase lagi...Hid nak share ngan korang sume...Resepi Mee Bandung yang tampa menggunakan sebarang perasa tiruan yang semestinya tak berapa bagus tuk kesihatan...

Mee Bandung

Nyummy2...Terliur pulak tenguk gambar kat atas tu time puase-puase nieh...saya masak tak de la reti sangat...tapi slalu la masuk dapur, tolong-tolong mane yang patut...JOM kite zassss ramuan-ramuan tuk buat mee bandung nieh...memang sangat senang...^^

Bahan menumis:
Mee Kuning - untuk 4 org makan
Bawang putih - 6 biji
Bawang Merah - 10 biji
Cili Kering - 10 batang
Udang Kering - 100 gram
Halia - 2cm
Minyak secukupnye...^^
Bahan-bahan menumis nieh perlula dikisar terlebih dahulu ye...Bagi sesiapa yg rajin boleh la kalau nak tumbuk je...

Bahan-Bahan lain:
Air rebusan daging / ayam - ikut banyak mana korang nak buat
Udang, Fish Ball, Fish Cake, Daging / Ayam
Tomato, Sayur Sawi, Lobak, Kubis Bunga
Telur
*Sos Cili
*Sos Tomato
*Garam
*Gula
(*secukup rasa)
Sedikit tepung jagung untuk memekatkan kuah...

Mee Bandung nieh sedap dihidangkan bersama bawang goreng...Selamat Mencuba dan Berbuka Puasa...


Monday, 8 August 2011

Apakah Warna Anda Hari Ini??

Assalammualikum semua...Apakah warna anda hari ini??...Entry kali ini, saya ingin berkongsi bersama pembaca-pembaca sekalian rahsia warna dalam kehidupan...Walaupun ianya tidak dapat dinyatakan daripada sudut saintifik, tetapi saya percaya bahawa sesetengah warna memainkan peranan ataupun mempunyai ciri-ciri yang tersendiri dalam kehidupan kita sehari-hari...


Alam yang dijadikan oleh Allah s.w.t penuh dengan warna warni...Tumbuh-tumbuhan sinonim dengan warna hijau dan coklat...Langit banyak dipengaruhi dengan warna biru dan putih...Pelangi pula di dominasi oleh 7 warna utama yang menghasilkan warna pelangi...Warna juga boleh mempengaruhi personaliti atau karektor seseorang individu...Menarik bukan??=)

Merah

Merah- mempercepatkan kadar denyutan nadi dan pernafasan...Warna ini mempengaruhi produktiviti, perjuangan, persaingan dan berahi...Jadi kalau nak romentik-romentik boleh la menghadiakan pasangan anda dengan sejambak bunga ros merah...^^

Merah Terang- Warna ini mewakili kekuatan, kemahuan dan cita-cita...Melambangkan sifat agresif, aktif, kemahuan yang tinggi, penuh ghairah dan dominasi...

Merah Jambu- Warna ini melambangkan personaliti yang romantis, faminin, pengemas dan penuh dengan jenaka...

Biru

Biru- Melambangkan ketenangan yang sempurna, menenangkan, dapat mengurangkan tekanan darah, denyutan nadi dan pernafasan seterusnya memberikan kesan yang baik pada kesihatan...

Biru Muda- Warna ini melambangkan keteguhan dan bertahan...Namun penggemarnya akan berpewatakan sedikit keras kepala, sering bangga diri dan tetap pendirian...

Biru Tua- Memberikan perasaan yang mendalam, bersifat perasa, tenang, tidak mudah tersinggung dan penggemarnya mempunyai ramai kenalan...

Kuning

Kuning- Bercirikan sifat kegembiraan, cukup santai dan mempunyai cita-cita setinggi langit...

Kuning Terang- Bersifat spontan dan toleransi...Begitu menonjol tetapi berubah-rubah sikap, suka berharap dan seseorang yang dermawan...

Hijau

Hijau- Melambangkan adanya satu keinginan, ketabahan dan keras hati...Peribadi yang keras dan berkuasa...Warna ini mampu meningkatkan rasa bangga dan penggemarnya sering menjadi pilihan teman-teman untuk mendapatkan nasihat...

Kelabu

Kelabu- Karektornya samar-samar...Kecenderungan lebih neutral...

Jadi apa pun warna anda...Warna-warna ini lah yang telah menjadikan Bumi yang kita duduki suatu tempat yang menarik dan penuh berwarna-warni...=D

Sunday, 7 August 2011

Teka-Teki Rasulullah s.a.w

Assalammualikum pembaca-pembaca blog yang saya kasihi sekalian^^...Pada hari ini genaplah kita seminggu berpuasa di dalam bulan yang penuh barakah dan rahmat ini...Entry kali ini ingin skali saya berkongsi bersama para pembaca semua, antara salah satu cara / kaedah / method nabi kesayangan kita dalam mempelbagaikan pendekatan tarbiah baginda...

Suatu hari, Rasulullah s.a.w telah berteka-teki dengan para sahabat...Baginda bersabda yang bermaksud "Daripada pelbagai jenis pokok, ada pokok yang daunnya tidak pernah gugur, dan sifatnya seperti seorang Muslim, apakah pokok tersebut?"...

Para sahabat pun meneka-neka dengan memberikan pelbagai jenis pokok yang terdapat di lembah-lembah...Abdullah Bin Umar yang meriwayatkan peristiwa ini berkata : "Aku terfikir bahawa jawapannya mungkin pokok kurma, namun aku segan untuk bersuara dalam kalangan orang yang lebih dewasa." (kerana beliau masih dalam usia kanak-kanak ketika itu)

Para sahabat pun bertanya kepada Rasulullah s.a.w apakah jawapan kepada teka-teki baginda...Baginda bersabda lagi : "Kurma."...(Riwayat Muslim no. 5027 dan al-Tirmizi no. 2793)...


Sungguh menarik dan kreatif bukan cara Rasulullah dalam mempelbagaikan kaedah tarbiah baginda?...Baginda seringkali mengajak para sahabat agar sentiasa cerdas berfikir dan sentiasa mensyukuri nikmat yang telah Allah kurniakan...=)

Friday, 5 August 2011

Teh oh Teh!!! (kesan kafein)


Pagi itu saya bangun secara tiba-tiba...Berasa agak sukar untuk bernafas dan sedikit cemas...Tanpa berlengah lagi saya terus ke bilik air untuk membersihkan diri...Usai mandi, badan terasa sejuk dan peluh dingin mula membasahi badan...Teringat kembali semalam, ketika berbuka saya minum beberapa gelas air teh dan sahur beberapa gelas lagi...Jadi JOM!!! kita baca dengan apakah yang menyebabkan badan kita bertindak sedemikian...

Dalam teh terdapat sejenis dadah yakni kafein yang terhasil secara semulajadi...Kafein boleh ditemui di dalam daun dan biji beberapa jenis tumbuhan...Kafein juga dihasilkan secara tiruan untuk dijadikan penambah rasa sesuatu makanan...Seperti yang kita sedia maklum kafein terkandung dalam kopi (Coffea Arabica), daun teh (Theasinensis) dan biji koko (Theobrama Cacao)...Kafein juga ditemui lebih daraipada 60 jenis tumbuh-tumbuhan...Antaranya ialah pokok guarana (Paullinia Cupana) yang terdapat di Amazon...Kafein juga sering digunakan dalam pembuatan minuman ringan...

Molekul Kafein

Nama Kimia           : Trimetilksantina
Kumpulan               : Metilksantina
Ciri-ciri                  : Berbentuk serbuk putih, berasa agak pahit
Bahan Kimia Lain   : Teofilin (dalam daun teh), teobromin (dalam biji koko)

Kesan Pengambilan
Kesan pengambilan kafein bergantung kepada kuantiti dan saiz seseorang pengguna...Semakin kecil saiz atau berat purata seseorang semakin sedikit kuantiti kafein yang diperlukan untuk menunjukkan kesannya...Tetapi berdasarkan kajian yang dibuat, banyak kesan kafein bergantung kepada jumlah yang diambil sehari...

Kafein mula menunjukkan kesannya setelah beberapa jam mengambilnya dan akan keluar dari tubuh melalui urin...Kafein akan memberikan kesan selagi berada di dalam darah...Jangka hayat kafein untuk menyahkan separuh daripada kandungan kafein yang diambil dalam sistem tubuh adalah beberapa jam sehingga beberapa hari...Bagi golongan dewasa kesannya dapat dirasai selama 5-7 jam...Terdapat juga beberapa faktor yang boleh melambatkan jangka hayat kafein...Antaranya pengambilan ubat-ubatan, menghidapi kerosakan hati dan wanita yang mengandung...

Wanita yang mengandung adalah disarankan untuk tidak mengambil kafein yang berlebihan untuk mengelakkan keguguran dan ketidaksuburan...Bukti jugak pernah menunjukkan bahawa wanita mengandung yang mengambil kafein kemungkinan akan melahirkan bayi yang cacat...

Kafein akan memberikan kesan yang sama seperti dadah perangsang yang lain...Kafein akan merangsang sistem pusat dan otak yang kemudiannya akan merangsang jantung, pembuluh darah dan buah pinggang...Antara simtom yang boleh dirasai ialah dehidrasi (pengeluaran air yang terlalu banyak dari badan)...Pengambilan kafein juga akan mengurangkan kandungan potassium serta kalsium...Bagi wanita yang gemar minum minuman berkafein dalam peringkat menopaus akan mempercepatkan lagi proses osteoporosis disebabkan kehilangan bahan mineral tersebut...  

Pengambilan kafein yang ideal adalah tidak melebihi 100mg atau secawan sehari...Pengambilan dalam dos 250-750mg (2-7 cawan sehari)...Boleh menyebabkan seseorang itu berasa cemas, letih, tidak nyenyak tidur, sakit kepla dan sakit perut...Tapi pengambilan kafein dapat meningkatkan rasa waspada dan tumpuan terhadap kerja...Namun, tidur juga akan terganggu, merasa tenang dan mengurangkan rasa lesu.

Pengambilan dalam dos lebih daripada 750mg (7 cawan dan lebih sehari)
Menyebabkan seseorang itu lekas marah, sakit kepala, berasa takut dan tidak boleh tidur...Pengambilan dos yang tinggi boleh mengakibatkan kekejangan dan mungkin boleh membawa maut...


Kesan jangka masa panjang

Ulser- Dipercayai bahawa kafein merangsang penghasilan asid dan peptin di dalam perut...Oleh sebab itu kafein boleh mengakibatkan ulser...
Masalah jantung-Terdapat bukti yang menyatakan kafein boleh menyebabkan denyutan jantung tidak menentu...
Ketagih-Kafein boleh menyebabkan ketagih...Bagi seseorang cuba untuk mengurangkan pengambilan kafein mereka akan mengalami simtom pengunduran...seperti sakit kepala...Simtom ini akan pulih setelah mereka meminum kopi kembali atau dengan mengambil ubat-ubatan...kebanyakan penggemar kopi yang cuba mengurangkan pengambilan kopi akan menyebabkan mereka merasa gementar, sakit-sakit, tidak berupaya untuk bekerja, lesu, mengantuk dan sakit kepala...

(sumber : National Poison Centre)



Wednesday, 3 August 2011

Whatever You Think, Think The Opposite

Tajuk buku : Whatever You Think, Think The Opposite.
Penulis        : Paul Arden (author of the world's best selling book)
Harga          : U.S. $15
Dibeli di      : MPH JJ Seremban 2


Saya baru je abes membaca buku nie beberape minggu yang lalu...Bagi saya, buku ini sungguh menarik...Maklumat yang cuba dikongsi oleh penulis disampaikan kepada pembaca dengan cara yang ringkas dan mudah difahami...Gambar-gambar yang menarik + berwarna warni...

JOM!!! Kite terjah isi-isi yang menarik di dalam buku ini...Disebabkan buku ni sepenuhnya ditulis dalam Bahasa Inggeris jadi entry kali nieh kite mix language la ye...hehe(:

This book explains the benefits of making BAD DECISIONS (It's the wrong way to think, but the right way to win).
It shows how risk is your security in life.
And why unreason is better than reason.
It's about having the confidence to roll the dice.

Antara isi yang menarik dalam buku nieh ialah perbezaan antara I WISH dan I WANT...


I WISH nieh bermaksud alangkah baiknya / bahagianya / indahnya kalo bla bla bla...Kita selalu berharap kehidupan yang lebih baik, kite selalu buat keputusan yang betul, keputusan yang same dengan orang lain dan at the end of the day kite nak kite nieh same macam orang lain...


I WANT nie maksud die lebih kurang macam kalo kite nak kan sesuatu kite akan berusaha sedaya upaya kita tuk dapatkan benda tu...Contohnya kalo kita nak kan sangat seseorang tu...Kita akan msg dia hari-hari tanye kabar, da makan belum, ajak date same sampai la somebody tu suke kat kite^^...Nie contoh yang paling senang la kan...haha...Membuat keputusan yang selamat dan boleh dijangka tu tak kan bawa kite kemana...Yela tau2 je gadis tu da pakai cincin kat jari manis dia, si jejaka pun da buat keputusan yang gadis tu da bepunya...Emtah2 tu cincin pusaka mak dia je...(:...Jadi pemikiran yang agak berisiko akan mengarahkan kite ke pemikiran yang lain yang akhirnya akan membantu kite dapatkan apa yang kita mahu...Macam gambar yang kat atas tu "I want to be a rocket mom" kena la jadi Supermak dulu bro...(:
Jadi mulalah membuat keputusan-keputusan yang salah dan InsyaAllah ia akan membawa kita ke suatu tempat yang mana orang lain hanya impikan...

Decisions, Decisions, Decisions...


Kalau kite pikir-pikir ballik...hidup ini penuh dengan membuat keputusan...Saya pun x suke buat keputusan...Sometime keputusan tu agak membebankan...Tapi bile kite tenguk balik sepanjang ape yang kite lalui dalam kehidupan, mungkin ade keputusan yang kite kesalkan...Mungkin kite buat keputusan yang salah...Tapi sebenarnya SALAH...Kita buat keputusan yang BETUL sebab hidup nie memerlukan kita tuk buat keputusan...Ape-ape pun keputusan akhir yang kite buat...Itu keputusan kite...Kite akan memilih antara "YES" or "NO"...Ape yang kite buat...Kite yang pilih...Jadi ape yang perlu kite kesalkan...

Dan banyak lagi yang best dalam buku ni...Sangat best kalo dapat bace sampai abeskan...x tebal mane pun...142 page je penuh dengan gambar-gambar...Selamat membaca dan memotivasikan diri...(: