Followers
Wednesday, 17 August 2011
Ekspedisi LAITUL QADAR
Lailatul Qadar adalah malam yang terbaik di antara malam-malam yang ada dalam satu tahun, sebagaimana yang jelas di dalam firman Allah swt, "Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran pada malam yang mulia. Tahukah kamu malam yang mulia itu? Malam yang mulia itu lebih baik dari seribu bulan." (Al- Qadar 1-3)
Banyak kelebihan dan keistimewaan sama ada tersembunyi mahupun yang nyata telah Allah janjikan di dalam bulan Ramadhan yang mulia ini. Setiap amalan perbuatan, solat, membaca Al-quran dan berzikir yang dilakukan dalam bulan Ramadhan lebih besar pahalanya daripada mengerjakan amalan selama seribu bulan. Seorang muslim digalakkan mencari malam Laitul Qadar di sepuluh malam akhir bulan Ramadhan. Para ulamak berbeza pendapat dalam menentukan malam jatuhnya Laitul Qadar. Ada pendapat yang menyatakan malam itu pada malam ke-21, malam 23, malam 25 dan malam 29. Ada pula berpendapat bahawa malam itu berpindah dari satu malam ganjil yang ada pada sepuluh malam yang terakhir. Akan tetapi sebahagian besar mereka berpendapat bahawa malam itu adalah malam ke-27.
Imam Ahmad meriwayatkan daripada Ibn Umar ra dengan sanad yang sahih bahawa dia berkata, Rasulullah bersabda "Orang yang ingin berjumpa malam Lailatul Qadar, mereka berusahalah mencarinya pada malam ke-27". Imam Al Bukhari dan Muslim juga telah meriwayatkan dari Abu Hurairah ra bahawa nabi saw bersabda : "Orang yang sedang beribadah pada malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan mengharap pahala dari Allah, maka dosa-dosanya yang telah lalu akan diampuni. Aishah ra berkata, "Saya pernah bertanya pada Rasulullah, jika saya mendapati malam Lailatul Qadar, maka apa yang mesti saya ucapkan?". Rasulullah saw bersabda, "Katakanlah: Ya Allah, Engkau adalah pemaaf, maka beriknlah maaf bagiku."
Sesungguhnya Usaha itu Tangga Kejayaan. Berusahalah mencarinya & Selamat Berpuasa sahabatku sekalian...^^
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment