Followers

Sunday, 7 August 2011

Teka-Teki Rasulullah s.a.w

Assalammualikum pembaca-pembaca blog yang saya kasihi sekalian^^...Pada hari ini genaplah kita seminggu berpuasa di dalam bulan yang penuh barakah dan rahmat ini...Entry kali ini ingin skali saya berkongsi bersama para pembaca semua, antara salah satu cara / kaedah / method nabi kesayangan kita dalam mempelbagaikan pendekatan tarbiah baginda...

Suatu hari, Rasulullah s.a.w telah berteka-teki dengan para sahabat...Baginda bersabda yang bermaksud "Daripada pelbagai jenis pokok, ada pokok yang daunnya tidak pernah gugur, dan sifatnya seperti seorang Muslim, apakah pokok tersebut?"...

Para sahabat pun meneka-neka dengan memberikan pelbagai jenis pokok yang terdapat di lembah-lembah...Abdullah Bin Umar yang meriwayatkan peristiwa ini berkata : "Aku terfikir bahawa jawapannya mungkin pokok kurma, namun aku segan untuk bersuara dalam kalangan orang yang lebih dewasa." (kerana beliau masih dalam usia kanak-kanak ketika itu)

Para sahabat pun bertanya kepada Rasulullah s.a.w apakah jawapan kepada teka-teki baginda...Baginda bersabda lagi : "Kurma."...(Riwayat Muslim no. 5027 dan al-Tirmizi no. 2793)...


Sungguh menarik dan kreatif bukan cara Rasulullah dalam mempelbagaikan kaedah tarbiah baginda?...Baginda seringkali mengajak para sahabat agar sentiasa cerdas berfikir dan sentiasa mensyukuri nikmat yang telah Allah kurniakan...=)

2 comments:

  1. nice one.islamic point of view.aku pon tak pernah dgr teka-teki ni.thanks doyot.=)

    ReplyDelete
  2. Most Welcom...
    Sharing is Caring rite??(=
    Aku dapat teka-teki nieh dari majalah Solusi...

    Majalah tu sgt BEST...
    Recommended tuk beli & bace...^^

    ReplyDelete