Pagi itu saya bangun secara tiba-tiba...Berasa agak sukar untuk bernafas dan sedikit cemas...Tanpa berlengah lagi saya terus ke bilik air untuk membersihkan diri...Usai mandi, badan terasa sejuk dan peluh dingin mula membasahi badan...Teringat kembali semalam, ketika berbuka saya minum beberapa gelas air teh dan sahur beberapa gelas lagi...Jadi JOM!!! kita baca dengan apakah yang menyebabkan badan kita bertindak sedemikian...
Dalam teh terdapat sejenis dadah yakni kafein yang terhasil secara semulajadi...Kafein boleh ditemui di dalam daun dan biji beberapa jenis tumbuhan...Kafein juga dihasilkan secara tiruan untuk dijadikan penambah rasa sesuatu makanan...Seperti yang kita sedia maklum kafein terkandung dalam kopi (Coffea Arabica), daun teh (Theasinensis) dan biji koko (Theobrama Cacao)...Kafein juga ditemui lebih daraipada 60 jenis tumbuh-tumbuhan...Antaranya ialah pokok guarana (Paullinia Cupana) yang terdapat di Amazon...Kafein juga sering digunakan dalam pembuatan minuman ringan...
Molekul Kafein
Nama Kimia : Trimetilksantina
Kumpulan : Metilksantina
Ciri-ciri : Berbentuk serbuk putih, berasa agak pahit
Bahan Kimia Lain : Teofilin (dalam daun teh), teobromin (dalam biji koko)
Kesan Pengambilan :
Kesan pengambilan kafein bergantung kepada kuantiti dan saiz seseorang pengguna...Semakin kecil saiz atau berat purata seseorang semakin sedikit kuantiti kafein yang diperlukan untuk menunjukkan kesannya...Tetapi berdasarkan kajian yang dibuat, banyak kesan kafein bergantung kepada jumlah yang diambil sehari...
Kafein mula menunjukkan kesannya setelah beberapa jam mengambilnya dan akan keluar dari tubuh melalui urin...Kafein akan memberikan kesan selagi berada di dalam darah...Jangka hayat kafein untuk menyahkan separuh daripada kandungan kafein yang diambil dalam sistem tubuh adalah beberapa jam sehingga beberapa hari...Bagi golongan dewasa kesannya dapat dirasai selama 5-7 jam...Terdapat juga beberapa faktor yang boleh melambatkan jangka hayat kafein...Antaranya pengambilan ubat-ubatan, menghidapi kerosakan hati dan wanita yang mengandung...
Wanita yang mengandung adalah disarankan untuk tidak mengambil kafein yang berlebihan untuk mengelakkan keguguran dan ketidaksuburan...Bukti jugak pernah menunjukkan bahawa wanita mengandung yang mengambil kafein kemungkinan akan melahirkan bayi yang cacat...
Kafein akan memberikan kesan yang sama seperti dadah perangsang yang lain...Kafein akan merangsang sistem pusat dan otak yang kemudiannya akan merangsang jantung, pembuluh darah dan buah pinggang...Antara simtom yang boleh dirasai ialah dehidrasi (pengeluaran air yang terlalu banyak dari badan)...Pengambilan kafein juga akan mengurangkan kandungan potassium serta kalsium...Bagi wanita yang gemar minum minuman berkafein dalam peringkat menopaus akan mempercepatkan lagi proses osteoporosis disebabkan kehilangan bahan mineral tersebut...
Pengambilan kafein yang ideal adalah tidak melebihi 100mg atau secawan sehari...Pengambilan dalam dos 250-750mg (2-7 cawan sehari)...Boleh menyebabkan seseorang itu berasa cemas, letih, tidak nyenyak tidur, sakit kepla dan sakit perut...Tapi pengambilan kafein dapat meningkatkan rasa waspada dan tumpuan terhadap kerja...Namun, tidur juga akan terganggu, merasa tenang dan mengurangkan rasa lesu.
Pengambilan dalam dos lebih daripada 750mg (7 cawan dan lebih sehari)
Menyebabkan seseorang itu lekas marah, sakit kepala, berasa takut dan tidak boleh tidur...Pengambilan dos yang tinggi boleh mengakibatkan kekejangan dan mungkin boleh membawa maut...
Kesan jangka masa panjang
Ulser- Dipercayai bahawa kafein merangsang penghasilan asid dan peptin di dalam perut...Oleh sebab itu kafein boleh mengakibatkan ulser...
Masalah jantung-Terdapat bukti yang menyatakan kafein boleh menyebabkan denyutan jantung tidak menentu...
Ketagih-Kafein boleh menyebabkan ketagih...Bagi seseorang cuba untuk mengurangkan pengambilan kafein mereka akan mengalami simtom pengunduran...seperti sakit kepala...Simtom ini akan pulih setelah mereka meminum kopi kembali atau dengan mengambil ubat-ubatan...kebanyakan penggemar kopi yang cuba mengurangkan pengambilan kopi akan menyebabkan mereka merasa gementar, sakit-sakit, tidak berupaya untuk bekerja, lesu, mengantuk dan sakit kepala...
(sumber : National Poison Centre)
No comments:
Post a Comment